Pages

Sunday, November 28, 2010

Pregnant Part 2

Assalamualaikum w.b.t.

Hai kawan2, bertemu kembali kita di ruangan blog ini. Apa khabar semua? semoga semuanya sihat dlm rahmat dan redha Allah s.w.t. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan cahaya mata, begitu juga aku dan suamiku. Gembiranya bukan kepalang apabila mendapat berita gembira bahawa tidak lama lagi akan lahir org baru dlm kehidupan kami, dari berdua jadilah bertiga hehe lahirnya khalifah kecil yang diamanahkan oleh Allah adalah suatu rahmat dan sinar buat kami, itulah yang dinamakan anak. Setahunya kami berita gembira itu, bermulalah pelbagai persiapan fizikal dan mental untuk persediaan menyambut kelahiran bayi yang suci bersih ini. Pertama-tamanya kami memanjatkan syukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah ini. Inilah yang ditunggu-tunggu walaupun usia perkahwinan kami masa itu belum pun sebulan, dan sememangnya kami dah lama berniat untuk menimang cahaya mata kerana kami amat sukakan budak2 kecil. Ibu dan ayah pun dah teringin cucu tu. Itulah hadiah kami buat mereka, semoga mereka bergembira dengan kelahiran suci ini hehe

Persiapan awal ialah dari segi mental, kalau sebelum ini kurang membaca al-quran, kami sama-sama memantapkan lagi pembacaan, terutamanya surah Mariam dan surah Yusuf. Antara khasiat surah2 ini ialah memudahkan bersalin dan semoga anak yang dilahirkan cantik dan mulus. Sebagaimana kita ketahui semua kisah mariam yang melalui proses bersalin dengan mudah sekali. Dikatakan juga khasiat memakan kurma memudahkan proses bersalin. Ternyata itu benar sepertimana yang tercatat dalam al-Quran. Aku pun stat lah menjadi pemakan kurma hehe Anakku alisha pun selepas lahir, masa majlis tahniq (membuka mulut), tok imam dan ustaz-ustaz terkejut sebab dia suka sgt makan kurma. Dia menghisap-hisap kurma yang disuap oleh mereka ke dalam mulutnya. Kemudian apabila mereka menyuap air zam-zam ke dalam mulutnya, pun dia menghisap air zam-zam seperti biasa diminumnya. lagi pula memakan buah yg manis baik utk perut.

Kata orang, ibu mengandung perlukan khasiat yang banyak, terutamanya kalsium kerana menurut kata doktor anak akan mengambil kalsium dan juga darah dari ibunya. Jadi, si ibu perlulah memakan sumber-sumber yang boleh menambah tenaga bagi menampung keperluan si ibu dan anak di dalam kandungan. cecece dah jadi cam doktor plak. Aku pun start lah minum susu anmum dan juga obimin iaitu sejenis vitamin yang boleh memberi tenaga dan menambah segala vitamin yang diperlukan. Di samping itu juga, aku selalu meminum susu lembu, susu kerbau, susu kambing yang original. Ayahku yang menjadi tukang belinya. Terima kasih ayah kerana mengambil berat akan anakmu ini, bukannya apa dia nak cucunya sihat dari dlm kandungan lagi. Ternyata betul, alisya sewaktu lahir, kuat betul tulang dia. Tidak salah kita berikhtiar untuk memberi kesihatan yang baik pada anak, oleh itu, sesiapa yang tidak suka minum susu, usahakanlah supaya dpt minum juga susu sbb khasiatnya amat byk. Kasihanlah anak yg di dlm perut tu, dia tahu makan apa yg kita makan. Jadi menjadi tanggungjawab kita utk memberi kesihatan yg baik padanya. Satu lagi khaisat kurma dan susu kambing ini dpt mengelakkan baby dr terkena kuning, atau sekurang-kurangnya klu dia terkena pun, jumlahnya sedikit saja. Itu pun betul juga, oleh kerana aku selalu meminum susu kambing walaupun agak terlewat juga, masa perut 8 bulan baru minum, alisha hanya kena sedikit saja kuning. Kesian tengok baby kena ambil darah kat kaki, tak sanggup rasanya. Jadi dinasihatkan pada diri sendiri dan bakal-bakal ibu, mulalah minum susu kambing sejak dr awal kehamilan lagi. InsyaAllah pengalaman ini akan aku praktikkan untuk kelahiran cahaya mata yang kedua kami nnt.
sempat lagi berposing time sarat ni hehe

 
Kata Fazilah Kamsah, untuk melahirkan anak yang baik, ibu dan bapa perlulah menjaga tingkah laku ketika hamil, bukan ibu saja yang kena jaga, ayahnya juga kenalah jaga. Sewaktu kehamilan begini, ibu bapa perlulah menjaga emosi agar sentiasa ceria, cergas, rajin, berkasih sayang, bertoleransi dan semuanya sifat mahmudah. Bukan sekadar semasa kehamilan saja, tetapi teruskanlah bersikap mahmudah sepanjang hayat, agar menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu bapa tidak perlu segan silu untuk bermanja-manjaan di depan anak-anak tetapi janganlah keterlaluan sangat supaya anak-anak dapat merasa sama gelombang positif. Mereka juga akan sentiasa dididik dan hidup dlm suasana kasih sayang. Aminnnn

Di dalam kehamilan juga, aku amat suka minum air soya dan air kelapa muda. Terasa segar badan apabila meminum air kelapa muda ni. Lagipun air kelapa muda ni, khasiatnya dapat membuang bisa-bisa dalam badan, di samping dpt menyejukkan badan. Air soya dpt memberi kulit yg cantik kepada baby, so apa lagi kawan2, minumlah byk2 hehe Kata org, ketika hamil mcm2 yg diidam nak makan, tetapi aku tak lah rasa sgt ngidam tu, sikit2 tu adalah tp tak ketara sgt, kalau tak dapat pun tak apa. Tp suamiku amat prihatin, apa saja yang keluar di sebutan mulutku, mesti dia akan carikan sampai dapat. Terima kasih sayang, klu camtu boleh ngandung lagilah lepas ni, dpt layanan yg sepesel hehe bukan time ngandung ja dpt mcm tu, tp memang sikap suamiku seperti itu sejak kami mula kenal dulu sampai dah kawen sehingga kami dah dpt anak. Alhamdulillah di atas anugerah Allah yg tak terhingga itu.

Dengan status kami PJJ, kami hanya dpt jumpa hanya seminggu sekali saja, walaupun begitu, setiap kali pulang, suamiku pasti akan membaca al-Quran di perutku agar anak di dalam perut mendengar ayat-ayat suci al-Quran supaya tenang jiwanya dan mengusap-usap perut supaya bby dpt rasa keperihatinan ibu dan ayahnya. Di samping itu juga kami sering berbual-bual dgn baby dlm perut, alangkah seronoknya apabila dia memberi respon dgn menggerakkan tangan dan kakinya. Hmmmm alisha sekarang ni pun suka sgt berbual, ramah pulak dia, sbb tu la tok ngn tok wan dia asyik rindu ja kat dia, suka tgk telatah dia tu hehe Mengikut kajian saintifik, anak dlm kandungan mendengar apa yg terjadi di luar, jd jika kita membaca al-Quran, doa-doa, dan berbual-bual dgnnya, secara tak langsung kita mendidiknya dr dlm perut lg. Mudah-mudahan apabila dia keluar nnt, dia sudah terdidik dan terbiasa dgn ayat2 suci kalam Allah ini. Banyak lg amalan2 semasa mengandung, iaitu perlulah menjaga tingkah laku, tutur kata, sikap kerana sedikit sebanyak itu akan mempengaruhi anak di dlm kandungan. Kalau kita sentiasa ceria, maka cerialah anak kita nnt, InsyaAllah....

Di saat kandungan berusia 6 bulan hingga 9 bulan, kami begitu teruja apabila dpt merasa pergerakan baby di dlm perut. Di saat itu, kami memanjatkan syukur pada Allah dan memuji-muji kehebatan Allah s.w.t. di atas segala nikmat yg diberikan, lahirnya puteri yg comel dah sihat sehingga kini. Mudah-mudahan alisha menjadi anak yg solehah, mentaati Allah dan Rasul, mentaati ibu bapa, orang tua dan seluruh umat manusia. Besar jiwanya, teguh imannya, mantap peribadinya serta menjadi contoh tauladan yg baik buat adik-adiknya nnt. Aminnnn
sentiasa ceria walaupun penat dan dah tak larat hehe

Di saat usia kehamilan masuk 8 dan 9 bulan sudah terasa letih dan tak larat sgt, mungkin juga kerana baby dah bertambah berat. Alhamdulillah sepanjang mengandungkan alisha, Allah memeliharanya sesuai dgn makna namanya, sehingga kedudukannya tidak pernah berubah, kata doktor kedudukan bayi di bawah dr awal kehamilan sehingga lahir. Kami selalu bergurau, haiii... baby ni mcm dah tak sabar nak tgk ibu dan ayahnya ni hehe sehinggakan aku bersalin 10 hari awal drp due. Terima kasih kepada rakan sepejabatku kerana memperkenalkan aku kepada produk salindah, perubatan homopati. Walaupun agak terlewat juga aku memakan produk itu, tp ternyata produk itu membantu proses bersalin. Maklumlah, kata org pengalaman bersalin anak pertama ni byk benda yg kita tak tahu. Dgn pengalaman yg ada ni, moga2 dpt dipraktikkan lebih awal utk anak kedua nnt hehe

Ubat bukanlah asbab utk memudahkan semua perkara, tetapi yg memberi kekuatan itu adalah Allah. Tetapi dgn berkat usaha kita dan ikhtiar mudah-mudahan Allah memberi bantuan seperti mana yg kita inginkan, insyaAllah aminnnn Dinasihatkan juga pd diri sendiri dan bakal-bakal ibu, sebelum  bersalin hendalah kita meminta maaf dan memaafkan semua org. Kita juga haruslah menjaga tingkah laku dgn suami, ibu bapa, saudara mara, sahabat handai kerana kita tidak lama lagi akan berjuang dan bertarung nyawa. Banyakkanlah membaca doa-doa terutamanya doa lailahailla anta subhanakainni kuntum minazzalimin. Pengorbanan seorang isteri yg sanggup mempertarungkan nyawa bukanlah suatu yg mudah seperti memakan kacang. Hanya yg merasainya saja yg memahami hakikat itu. Tp ternyata walaupun sakit bersakin itu, amat sakit dan tidak seperti sakit yg lain, Allah memberi kekuatan sehingga kita dpt melaluinya tanpa menitiskan air mata disebabkan kesakitan itu, tetapi kita menitiskan air mata kerana terlalu gembira melihat anak yg lahir dr rahim kita. Maka dgn itu, Allah menjanjikan pahala seperti bayi yg baru lahir kepada ibu yg bersalin. Di saat itu juga barulah kita mengerti begitu besarnya pengorbanan ibu kita. Jadi berbaktilah sebaik-baiknya kpd ibu kita selagi dia masih hidup. Mudah-mudahan anak-anak kita juga akan memperlakukan perkara yg sama kepada kita Aminnnnn

Written by : Asyikin















Wednesday, November 10, 2010

PENGALAMAN MENGANDUNG PART 1

Assalamualaikum w.b.t, mmmm.... mcm mana nak memulakan cerita ini ya. Sesaja mengisi masa lapang yg ada sekadar mengimbas kembali pengalaman masa mengandung dulu. Lalu menyibuklah daku kat blog my hubby ni, lagipun dia yg sarankan suh tulis sikit pengalaman masa ngandung dulu buat tatapan anak tersayang kami nnt. Moga2 dia tahu alkisahnya di dalam perut mamanya ni hehe

Tersebut alkisahnya nak jadikan cerita, period dah lewat 5 hari, cakap kat my hubby, lain mcm ja rasa ni, tak pernah jadi camni. Lalu, my hubby pun ajak la g beli peregnancy test. Check punya check positif, tp masih was2 takut la tak betul, kdg2 alat tu tak leh caya sgt, dah la beli yg murah ja. Pastu buat taktau je lah, kebetulan pulak masa tu kami menginap kat Rumah Tamu UKM, begitulah rutin kami setiap 2 minggu masa keja kat Putrajaya dulu. Disitulah tempat kami bertemu, lagipun kat situ murah dan selesa, rumah tamu berharga RM40, mana nak cari harga tu kat area KL tuh, aishhh mcm promote pulak hihi ok sambung lagi cerita...masa itu juga kami merancang nak g Genting Highland bersama adik2 dan juga sahabat kami yg baru berkahwin ketika tu iaitu Khalil dan Wana. Kiranya depa tu merangkap g honeymoon lah. Diaorg tu pun dah tak lama nak menyambut cahaya mata dah, ikut due katanya bulan 12 ni. Tak sabar rasanya nak tgk kawan si Alisha ni kuar.



Keesokannya kami semua pun berangkatlah ke Genting Highland, tp hati jd tak seronok sbb my hubby tak bagi main byk benda kat situ, jadi main yg ringan2 je lah. Hati ni bukan main membuak2 nak cuba pelbagai mainan kat situ, tp apakan daya, demi menjaga kandungan dok nganga tengok je la adik2 dok jerit main huhu. Jeles tak sangga dah la, tak pa...dlm hati kata suatu hari nnt akan ku datang lagi utk main semua permainan kat sini haha my hubby pun dok pujuk la, dan teman main yg ringan2 sama. Kesian dia tak dpt main jugak, org suh main tak mau, nak teman bini. Haaaa sapa suruh kih kih kih Bagus jugaklah suami menjaga isterinya yg berbadan dua ni kan tp not sure lagi masa tu. Sehari suntuk kami di sana, balik malam tu aku dan my hubby terus g Pusat Rawatan Islam Az-Zahra untuk buat pemeriksaan. Punyalah ramai org, padahal masa tu dah dekat pukul 12 malam, memang mendapat sambutan betul pusat rawatan tu. Lagipun memang tempatnya bagus. Doktor pun buatla scan, tp langsung tak nampak coz kecik sgt lagi. Doktor kata, memang tak nampak pada usia janin awal2 ni, kena tunggu 4 minggu InsyaAllah baru nampak. Kami pun pulang dgn tanda tanya jugak, betul ke ngandung ni? My hubby pun kata, tak pa lah kita wait and see ja lah. Tunggu punya tunggu dah sebulan tak mai period, memang sah la kot pregnant ni. Tp tak mabuk2 apa lagi, sampai la usia kandungan 2 bulan mcm tu, dah jd morning sikness, kerap membuang air, perut memulas2, selera makin kuat.

Walaupun berkeadaan mcm tu aku sering ulang alik naik flight pergi langkawi untuk bertemu suamiku tercinta, mak, tok dah bising2 kat rumah, tak bagi lasak sgt. Tp hati ni membuak kata tak pa, patutlah alisha keluar pun tangan dan kakinya tak pernah dok diam. Agaknya sebab mama dia ni kuat berjalann sgt time ngndung kat dia tu hehe tak pa, biar ajak anak lasak dr dlm kandungan agar dia nnt dpt belajar berdikari sendiri dan tak mengaharapkan sgt orang. Semoga alisha dpt survive dirinya sendiri dalam lindungan Allah, Aminnnn

Ada sekali tu mabuk agak teruk sampai asyik makan sup je, sbb bdn jadi berangin, perut jadi sengkak, mual dan mcm2 lagi. Alhamdulillah keadaan tu jd tak lam, dlm 2 minggu mcm tu je, lepas tu hilang sampai la dekat nak bersalin. Haaa apalagi melantak sakan lah lepas tu, mcm2 masuk dlm perut ni. Mesti alisha terkejut mcm2 dia boleh makan hehe seronok la dia dpt makan yg sedap2. My hubby pulak sering cerita dia pun jadi mabuk2, sengkak, angin lah, tak lalu lah. Agaknya dia pun merasai apa yg isterinya rasa tu masa mabuk2 tu. Baguslah suami turur berkongsi sama, barulah dia lebih menjaga dan memahami golongan2 ibu yg mengandung. Sememangnya pun suami patut menjaga isteri baik fizikal dah mentalnya di ketika ini, kerana wanita amat sensitif, hormonnya jadi tak stabi. Jadi para suami jgnlah mudah marah atau terasa hati kalau isteri buat perangai yg tak pernah di abuat sebelum ni. Sesungguhya, dia inginkan perhatian dan layanan yg sebaiknya. Untungnya aku dpt suami yg melayan aku bagaikan puteri, cakap ja nak apa, nak makan apa, nak pi mana, semua dia belikan hehe rasa mcm dunia ini ana yg punya lah pulak. Haiii melalut lah pulak

Time tu jugak, kami sempat gi sabah, kelantan, terengganu, genting haighland, langkawi. Sampai kawan2 dok kata haiii aktif betul ibu ni, sampai ada yg tegur perlahan2 bila berjalan, dah la jalan pun mcm robot. Terima kasih byk2 kepada yg menasihati tu, bukan nak ingkar tp dah diri memang camtu. Bibir hanya mampu senyum je lah, dlm hati kata suami nak bwk jalan, apa lagi jalan selagi mampu. Nnt dah tua2, sakit lutut tak berpeluang pulak nak tgk kekuasaan Allah di bumi ini. Sambil kita berjalan sambil kita mensyukuri dan memuji kehebatan Allah S.W.T. yang menjadikan alam yg penuh dgn rahsia2 alam yg tidak kita ketahui. mmmmmmmmm.. rasanya sekadar inilah dulu coretan buat kali ini. InsyaAllah akan disambung ke Part 2. Banyak lagi nak cerita ni, petua2 dan amalan masa mengandung pun ada. Bukan apa, sekadar boleh berkongsi dan ternyata apa yg diamalkan itu benar2 berkesan. Maassalamah, Wassalam, sehingga bertemu lagi....:-)



Written by: Asyikin 

UJIAN ADALAH GURU YANG TIDAK BERCAKAP

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. 

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama  cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu). 


Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya
kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan. 

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud: 

     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.” 
Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya: 
     “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.” 

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:   
“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”
Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji…. 

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia
tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. 

Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?
 






Posted by : Asyikin

Tuesday, November 9, 2010

Hari Ke-76




Salam...Nampaknya dalam dalam usianya 2 bulan ini, Alisha sudah menunjukkan beberapa perkembangan...Hmmm..Pastinya bagi semua ibu bapa ingin sentiasa melihat anak kecil mereka sentiasa tersenyum sebagai tanda mereka dalam keadaan selesa dan sihat...Senyuman Alisha sudah pun dapat dilihat ketika usianya hampir sebulan...Kini ada 1 lagi perkembangan pada hari yang ke-76 iaitu Alisha sudah pandai mengalihkan badannya  dan dia dah mula meniarap...Itu pun setelah penat berusaha bersungguh-sungguh...

Tahniah buat Alisha setelah bersusah payah untuk menunjukkan kepada abahnya yang hanya berjumpa setiap hujung minggu....Gambar-Gambar ini menunjukkan Alisha sedang berusaha...































Walaupun dah pandai meniarap, tapi kalau nak patah balik tidur melentang tak boleh lagi, so, kena sentiasa diawasi la Alisha ni...Lagipun selepas dah berusaha beberapa minit ni dia nampak macam letih...huhu...bagus bagus...teruskan usaha...Semoga Allah s.w.t sentiasa memelihara dan melindungi Nur Alisha ini...Amin...

Saturday, November 6, 2010

Banjir @ Kedah : Antara Nikmat & Musibah



Salam... Takziah buat semua yang ditimpa musibah banjir di Kedah dan Perlis baru-baru ini...Sehingga saat post ini ditulis dan berita dari tv, nampaknya mangsa banjir dari kedua-dua negeri ini semakin berkurangan...dan amat diharapkan ianya terus berkurangan dari hari ke hari kerana Hari Raya Qurban sudah hampir tiba...Alangkah baiknya jika semuanya dapat beraya di rumah dan kampung halaman masing-masing...Namun siapa yang mampu mencabar kekuasaanNya, hanya doa mampu dipanjatkan agar Allah memberikan yang terbaik buat kita semua...

Walaupun banjir boleh dikatakan sudah surut, namun di sesetengah tempat masih lagi digenangi air...Malah ada juga yang risau kalau-kalau ada gelombang kedua datang kembali... Terdapat juga tempat yang hujan masih turun dengan lebat...

Banjir @ Kubang Rotan

Dah banjir-banjir ni, terpaksa la guna jalan alternatif...ni jalan shortcut ke Alor Setar melalui Kubang Rotan dan Kuala Kedah

Kiri dan kanan jalan semuanya dipenuhi air...Kejadian yang jarang-jarang berlaku di Kedah

Apabila kita selalu mendapat nikmat, ingatlah bahawa nikmat itu dari Allah, lalu patut bagi kita bersyukur dengannya..dan apabila kita ditimpa musibah kita perlu kembali kepada Allah, kerana musibah ini juga datang daripadaNya...kerana kedatangan musibah ini kadangkala ingin menguji kita dan kadangkala sebagai kifarah terhadap dosa kita agar kita tidak terus hanyut dalam dosa semata-mata...

Bagi yang tidak ditimpa musibah perkataan sabar mungkin agar ringan dan mudah bagi mereka, namun yang merasainya, kehilangan harta benda lebih-lebih lagi orang tersayang pasti terlalu berat dan susah bagi mereka...Walaubagaimanapun semuanya perlu diterima...Bagi yang redha dengan apa yang terjadi, ada ganjaran bagi mereka...bagi yang tidak sabar @ redha, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik bagi mereka...

Highway Kepala Batas-Tanah Merah

Jalan sudah dibuka tetapi masih lagi digenangi air

 Dari 2 tinggal 1

Untung la orang yang ada 4WD, selamba je di jalan...

Walaupun rumah aku tidak kena banjir, namun jalan-jalan yang ditutup mengehadkan perhubungan kami...Ditambah dengan ketiadaan elektrik dan air...Apa apa pun tetap bersyukur kerana jika dibandingkan dengan orang lain, aku masih lagi bernasib baik..


Kesian Alisha, beberpa kali kena redah air banjir...tak pa kecik-kecik lagi belajar susah payah dah ni...Muka rilex ja...hehe..Kepada yang kena banjir,bersabarlah...ada hikmah dariNya...bagi yang tak kena banjir bersyukurlah...bagi yang membantu, terima kasih...moga Allah s.w.t memberi balasan yang setimpal pada kalian semua...Semoga musibah ini memberi pengajaran buat kita semua...Amin... 
 



Sunday, October 31, 2010

8 Tugas & Kewajipan Guru Mengikut Pandangan Al-Ghazali

Berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitab karangan Imam Al-Ghazali yang begitu hebat pengaruhnya iaitu Ihya Ulumuddin dan Mizanul Amal, terdapat 8 tugas dan kewajipan seorang guru :

1.     Guru perlulah ikhlas bekerja kerana Allah s.w.t, tidak boleh hanya mengharapkan upah pembalasan dan ucapan terima kasih daripada tugas.

2.     Guru mesti mempunyai belas kasihan kepada pelajar-pelajarnya.

3.     Guru hendaklah menasihati para pelajarnya tentang cara-cara belajar.

4.     Guru perlu menjaga maruah dan imej pelajar dari segi psikologi.

5.     Guru yang mengkhusus dalam bidang tertentu tidak boleh memperkecilkan bidang-bidang ilmu lain.

6.     Guru perlulah mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran pelajarnya.

7.     Guru perlu mengajar dengan jelas kepada pelajar lambat memahami sesuatu perkara.

8.     Guru perlulah mengamalkan apa yang diajar.

Cambodia - Final


Ini adalah bahagian terakhir perkongsian pengalaman aku menabur bakti di bumi Kemboja... Perkara yang mungkin kami tidak akan dapat lupakan di sini antaranya ialah mengadakan mini konsert untuk masyarakat setempat yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan...Daripada kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah orang tua...ramailah kiranya..

siap dengan tayangan video tu...

sebahagian penonton yang hadir...

Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang...

majlis perpisahan...

bersama pelajar Kemboja...

lagi...


Inilah kenderaan yang membawa kami ke Pnom Penh...di sana kami akan menghabiskan masa sehari sebelum bertolak pulang ke Malaysia...

sekitar Pnom Penh...

Nagaworld...
banyak monumen-monumen Buddha dapat dilihat disekitar bandar Pnom Penh...

Istana Diraja

dari jauh...

pintu masuk ke istana...istana ni sebenarnya boleh dilawati..tetapi memandang tiketnya agak mahal..so, tak jadi masuk le...mungkin lain kali...

bukit loceng besar...

wafer made in cambodia...come,come,come

bakar pakai arang tu...

siap...

@ KFC Kemboja...kebetulan dia baru buka cawangan pertama kat sini...kiranya antara rakyat Malaysia yang terawal la kot makan KFC di sini...hehe..


Di Pnom Penh kami bermalam di sebuah hotel milik rakyat Malaysia...sangat selesa dan murah..kiranya berpatutan la...kalau tak silap harga untuk bilik yang mempuyai 2 katil double ni hanya RM80.00 sahaja...

yang penting bersih & selesa

 @ Pnom Penh International Airport...

cuka sebelum keluar dari Kemboja....hampir RM 100/= jgk la...

lambaian terakhir di bumi Kemboja sebelum berlepas...

bumi Kemboja dari pandangan atas...

rakan-rakan seperjuangan ketika di menabur bakti di Kemboja...

Alhamdulillah, selamat sampai ke Malaysia...walaupun penat tapi rasa puas dengan pengalaman & ilmu yang dapat dikutip dari sana..

hehe...

 peace no war...


Semoga usaha kecil ini dirahmati & diberkati Allah s.w.t....teringin lagi ke sana suatu hari nanti...mungkin untuk tujuan melawat pulak kot...hehe...




Flickr