Pages

Sunday, October 31, 2010

8 Tugas & Kewajipan Guru Mengikut Pandangan Al-Ghazali

Berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitab karangan Imam Al-Ghazali yang begitu hebat pengaruhnya iaitu Ihya Ulumuddin dan Mizanul Amal, terdapat 8 tugas dan kewajipan seorang guru :

1.     Guru perlulah ikhlas bekerja kerana Allah s.w.t, tidak boleh hanya mengharapkan upah pembalasan dan ucapan terima kasih daripada tugas.

2.     Guru mesti mempunyai belas kasihan kepada pelajar-pelajarnya.

3.     Guru hendaklah menasihati para pelajarnya tentang cara-cara belajar.

4.     Guru perlu menjaga maruah dan imej pelajar dari segi psikologi.

5.     Guru yang mengkhusus dalam bidang tertentu tidak boleh memperkecilkan bidang-bidang ilmu lain.

6.     Guru perlulah mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran pelajarnya.

7.     Guru perlu mengajar dengan jelas kepada pelajar lambat memahami sesuatu perkara.

8.     Guru perlulah mengamalkan apa yang diajar.

Cambodia - Final


Ini adalah bahagian terakhir perkongsian pengalaman aku menabur bakti di bumi Kemboja... Perkara yang mungkin kami tidak akan dapat lupakan di sini antaranya ialah mengadakan mini konsert untuk masyarakat setempat yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan...Daripada kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah orang tua...ramailah kiranya..

siap dengan tayangan video tu...

sebahagian penonton yang hadir...

Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang...

majlis perpisahan...

bersama pelajar Kemboja...

lagi...


Inilah kenderaan yang membawa kami ke Pnom Penh...di sana kami akan menghabiskan masa sehari sebelum bertolak pulang ke Malaysia...

sekitar Pnom Penh...

Nagaworld...
banyak monumen-monumen Buddha dapat dilihat disekitar bandar Pnom Penh...

Istana Diraja

dari jauh...

pintu masuk ke istana...istana ni sebenarnya boleh dilawati..tetapi memandang tiketnya agak mahal..so, tak jadi masuk le...mungkin lain kali...

bukit loceng besar...

wafer made in cambodia...come,come,come

bakar pakai arang tu...

siap...

@ KFC Kemboja...kebetulan dia baru buka cawangan pertama kat sini...kiranya antara rakyat Malaysia yang terawal la kot makan KFC di sini...hehe..


Di Pnom Penh kami bermalam di sebuah hotel milik rakyat Malaysia...sangat selesa dan murah..kiranya berpatutan la...kalau tak silap harga untuk bilik yang mempuyai 2 katil double ni hanya RM80.00 sahaja...

yang penting bersih & selesa

 @ Pnom Penh International Airport...

cuka sebelum keluar dari Kemboja....hampir RM 100/= jgk la...

lambaian terakhir di bumi Kemboja sebelum berlepas...

bumi Kemboja dari pandangan atas...

rakan-rakan seperjuangan ketika di menabur bakti di Kemboja...

Alhamdulillah, selamat sampai ke Malaysia...walaupun penat tapi rasa puas dengan pengalaman & ilmu yang dapat dikutip dari sana..

hehe...

 peace no war...


Semoga usaha kecil ini dirahmati & diberkati Allah s.w.t....teringin lagi ke sana suatu hari nanti...mungkin untuk tujuan melawat pulak kot...hehe...




Thursday, October 28, 2010

Cambodia - Part 4

Lagi kambing disembelih untuk dijadikan juadah malam ini...Sepanjang kami berada di sini kami akan memasak mengikut giliran yang telah disediakan...maka ramailah chef2 menunjukkan bakat masing2...dan tiba jugak giliran aku...

tu diaaaaa...

Sempat lagi tu...

dah habis memotong daging... selesaikan kat dapur pulak...apa la rasa masakan ni... semestinya sedap la kannnn...hehe

hmmm...nampak pun dah sedap kan...apatah merasainya...

alhamdulillah...selesai makan...sempat berbual-bual dengan beberapa orang rakan dari Kemboja...bertukar-tukar fikiran & pengalaman...

macam2 wajah ada...

 Sempat juga mengadakan perlawanan bola sepak antara Malaysia - Kemboja....

di 'stadium' terbuka Kemboja...hehe
Bergambar kenangan selepas perlawanan dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia 2-1...tak sia-sia la terbang jauh-jauh ni...

Menghadiahkan beberapa naskhah Al-Quran dari Malaysia untuk penduduk di sekitar masjid

juga muqaddam untuk kanank2

tidak lupa juga untuk pelajar-pelajar di sekolah

golongan warga emas juga tidak dilupakan...

lagi...

golongan kanak2 pun dapat jugak...sukanya bila dapat....

Harap dapat meringankan beban mereka dengan pemberian kecil ini....

Wednesday, October 27, 2010

Cambodia - Part 3

Dalam Part 3 ni aku nak kongsi pengalaman ke perkampungan orang Kemboja yang berada tidak jauh dari tempat kami melakukan aktiviti seperti yang diceritakan dalam Part 1 tu.. Perjalanan ke sana menaiki bot macam kat atas ni mengambil masa hampir 1 jam jugak la menyusuri Sungai Tonle Sap ni...Besar betul sungai dia...huhu...yang nampak ada kotak2 atas bot tu adalah barang2 yang akan disampaikan kepada penduduk di sana...Kehidupan di sana lebih susah dan daif kerana belum lagi mendapat sambungan elektrik dan air...

Memulakan perjalanan dari jeti...dari jauh masih nampak lagi masjid yang tersergam indah berhampiran tempat penginapan kami...Jeti pun tak macam la jeti sangat..hehe


Sedang memunggah barang ke dalam bot

sempat bergambar ketika dalam perjalanan...

Masjid yang menjadi tempat kami menyampaikan bantuan...ye la..nak cari balai raya ka, dewan ka mana ada..Malaysia banyak la...tapi rasanya di masjid lebih baik..

Bersama dengan Setiasausa Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, H.E Dr Sos Mousine untuk menyampaikan sumbangan dari Malaysia kepada penduduk di Kemboja..

Haa...yang sebelah kanan Dr tu penterjemah kami...manalah nak faham bahasa Khmer ni... baru ja 2,3 hari jejak kaki kat sini, lain la kalau dah 2,3 tahun...

semoga dapat digunakan dengan sebaiknya...

sedikit sumbangan meringankan beban mereka disini...

ni kambing untuk aqiqah...hehe..wat kenduri sikit...sponsor by Ezy Qurban Sdn Bhd...yang banyak membantu dalam menjayakan program dan misi di sini...

kenduri...kenduri...

 jom makan ramai-ramai.....

Malaysia boleh...

gambar sekitar kampung yang dilawati...

 kedai runcit...minyak masak dijual dalam plastik macam ni saja..mungkin mahal kot... lagi pun makanan kat sini tak banyak menggunakan minyak...lebih banyak dibakar, dikukus atau direbus...nak kata macam masakan Melayu tak jugak...kira macam citarasa dia la kot...

perut lembu yang disumbat...untuk dijual...

salah sebuah surau di kampung ini yang sempat diziarahi...

Walaupun keadaan di sini agak susah, tetapi ada jugak orang kaya macam kat rumah ni la...rumahnya cantik tersergam indah..katanya tauke kambing kat sini...hmmm...cantikkk..tapi tak ada elektrik dan air...hanya menggunakan kuasa bateri...

Flickr