Pages

Friday, October 22, 2010

The Frangipani Resort & Spa, Langkawi



The Frangipani Resort & Spa

Salam...masuk saja bulan Oktober ni terus teringat resort ni...sebenarnya resort ni aku stay tahun lepas dengan wife aku..Tapi oleh kerana masa tu aku tak ada blog lagi...so..x dapat la tulis lagi...Blog ni pun aku buat untuk tahun depan sebenarnya untuk memuatkan soalan exam yang lepas2 dan nota2 yang berkaitan untuk pelajar dan sesiapa saja yang teringin nak kongsi..Di samping tu aku tulis la serba sikit pengalaman hidup aku yang baru bermula sebagai seorang guru, suami dan yang terbaru dah upgrade jadi bapa...hehe...Cepat sungguh masa berlalu...


kreatif...peta kawasan resort yg hanya dilukis pada kayu...rasanya semua perhiasan kat sini banyak yang mesra alam..selain daripada papan tanda ni, ada 2,3 benda lagi yang dibuat dari benda yang kitar semula...maknanya kira suasana kat sini fresh la..Resort ini mengamalkan prinsip hijau yang menjadi teras binaan dan operasi di resort ini merangkumi 4R iaitu Reduce (Mengurangkan), Reuse (Mengguna Semula), Recycle (Kitar Semula) dan Rethink (Fikir Semula).


nice view...tenang..sangat sesuai untuk family @ honeymoon...

Bilik Jenis Standard, bilik tempat kami menginap...kat sini ada juga yang konsep villa/bunglow kira sesebuah la..kalau x silap yang tu dia ada 2 bilik air, 1 di dalam & 1 lagi di luar..kira open air la kot...fuhhhh....

King size...laptop tu bukan disediakan...aku punya daa..


susunan perabot yang ringkas...boleh dikatakan hampir semua perabot menggunakan kayu


safety box disediakan...tapi standard la untuk resort 4 bintang macam ni kan...


yang penting bersih...

toileteries


Pemandangan sekitar resort...

Perahu kat belakang aku ni bukan sekadar replika...katanya ini adalah salah satu perahu yang tersadai masa berlakunya tsunami pada tahun 2004, tapi bukan di kawasan ni la...kalau x silap resort ni beli dari tuan punya perahu dari Kuala Teriang, Langkawi...

my wife & me 

my friends from Crotia...tapi jumpa kat sini ja..hehe

no comment...hehe

Jom breakfast dulu...kebanyakan makanan adalah western...mungkin kerana ramai foreigner yang suka stay kat sini yang menyebabkan resort banyak menyediakan makanan western...tapi yang paling sedap omelet dia...siap boleh pilih bahan dan dimasak oleh chef kat situ jugak...

ada beberapa pool yang disediakn untuk dewasa & kanak... ada jugak jakuzi yg open air style...pool dia pun dekat2 ja dengan bilik dan cafe..

pool water salt...sesuai kalau rasa malas nak ke pantai tapi nak merasa air masin...

secara keseluruhannya memang sangat berpuas hati...dan dicadangkan kepada sesiapa yang ingin datang ke Pulau Langkawi...nampak gayanya kena plan semula untuk ke sini la...tapi rasanya bukan lagi berdua...semestinya bertiga bersama anak kesayangan kami Nur Alisha Ramadhani....InsyaAllah....
maklumat lanjut boleh lawat laman web dia www.frangipanilangkawi.com

1 comment:

Flickr