Pages

Saturday, October 23, 2010

Nur Alisha Merajuk ???




Nampaknya anak abah ni semakin membesar... mula mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya...mula menunjukkan reaksi apabila ada sesuatu yang x kena... satu perkembangan yang bagus bagi 2 bulan ini...

Seperti minggu biasa, aku akan menghantar mama alisha ke kelas PJJnya pada setiap hari Sabtu..so alisha akan dihantar ke rumah tok sebelah mamanya la...sementara aku terpaksa berkemas untuk balik langkawi selepas mengambil mama alisha pada sebelah petang nanti..begitulah rutin mingguan kami yang sangat memenatkan...tetapi terpaksa dilalui jua... hari khamis di rumah tok sebelah mamanya, hari jumaat di rumah tok sebelah abahnya pula dan hari sabtu kembali ke rumah tok sebelah mamanya kembali...

Pagi tadi selepas menghantar wife aku ke kelasnya, aku membawa alisha untuk balik ke rumah...nampaknya sepanjang perjalanan dia x tertidur sebaliknya dia macam tercari-cari mamanya yang dh pun ke kelas... 20 minit lepas tu, mula nampak kegelisahannya.. apabila dia dh start mengeluarkan suara... mula la aku risau kalau dia menangis masa aku drive...huhu...

Tapi nasib baik dia x nangis sampai la lebih krg 1km nak sampai umah... agaknya dah lama tertahan kot...mula lah keluar suaranya yang merdu itu...huhu...sampai dirumah lagi kuat...nak didukung saja...kalau letak terus nangis...hai...dh pandai merajuk anak abah ni..bila dipujuk2 sekejap terus senyum pulak dia...hmmm...

Bila sebelah petang aku berkemas-kemas nak ke Jeti Kuala Perlis, sempat aku bermain-main dengannya..pandai alisha buat-buat tidur sambil dibukakan sedikit matanya...mungkin dia tahu abahnya terpaksa tinggalkan dia lagi untuk ke sekian kalinya...huhu...sedih tu sedih.. tapi apakan daya... mungkin ada hikmahnya...

Ya Allah, ku pohon padaMu agar dipelihara anakku ini daripada segala perkara buruk dan gangguan...Kuatkanlah hatinya agar menjadi hambaMu muslimah solehah di sisiMu...

3 comments:

  1. alisha pun dh kenal m.ngah..hehehe..

    ReplyDelete
  2. eceece..xkan knl m.ngah dia ja kot..

    ReplyDelete
  3. Asyikin said

    dia lagi kenai mama dia la hehe

    ReplyDelete

Flickr