Pages

Wednesday, July 25, 2012

Embun Dingin Stemboat & BBQ

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Ramadhan, maka ramailah yang dok plan nak sambut Ramadhan kat mana ni? Kata orang makan2 besar sebelum puasa hehe

Cari punya cari terpautlah hati kat satu tempat ni Embun Dingin Corner Steamboat & BBQ yang terletak di Sri Kenangan Jalan Padang Bohor Kangar Perlis. Memang best makan kat sini satu kepala charge RM10 makanlah sampai kenyang. Tapi kena makan sampai habis apa yg kita ambil tu, kalau makan tak habis dia charge harga lain pulak, lagi mahal pulak tu. Nasib baik kami sekeluarga makan smapai habis hehe 


Ni peta nak ke Embun Dingin Corner, boleh pakai GPS je lagi senang


Ini dia tempat yang menyajikan steamboat dan bbq, boleh makan yg rebus dan juga bakar (2 in 1)


Ini sup thai yang diberi, siap ada bara api lagi bawah dia, mendidih-didih, atas dia boleh buat bakar, sambil makan sambil berasap-asap hehe


Ini sebahagian makanan yang boleh kita pilih, ambillah serba serbi yang kita nak sebanyak mana pun


Nasi goreng, bihun, mi, koewteow pun ada 

Bahan-bahan dia lebih kurang mcm yong tau fu la jugak cuma berkuah

Boleh makan pakai chopstick lagi

Bagi sesiapa yang suka makanan berkuah dan BBQ ni bolehla berkunjung ke sini, murah sedap dan puas hati hehe

Thursday, July 19, 2012

Alisha Main Papan Cucuq (Bahasa Alisha)


Inilah permainan yang alisha paling suka main, main hari2 pun tak apa sampai jatuh pun tak kisah hehe

Mari Kita Solat Bersama Alisha



Budak montel yang baru belajar solat subuh sendiri lepas bangun tidur (solat subuh cara dia lah tu hihi)



Nak solat atas sejadah, last2 sejadah dibuat tudung pulak hmmmm macam2 karenak budak kecik ni sorang hehe


Wednesday, March 14, 2012

Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Assalamualaikum...Salam sejahtera....

Tetiba teringat nak update blog ni dengan travel tahun 2011, tahun berjalan2. Tahun 2012 ni tahun saving, banyak benda nak kena settlekan, nak beli kereta, nak beli rumah semua pakai duit. Sekali keluar macam air daaaaa...

Pengalaman bercuti ke sabah di samping honeymoon dan melawat sahabat di sana. Terima kasih kepada Ain Snow White, umi dan bapak yang sudi bawak kami jalan2, makan2 kat sabah. Kekenyangan sudaaa tapi tak puas berjalan sebab masa yang suntuk, tak sangka rupanya jauh2 juga tempat2 di sabah untuk dilawati. Mau seminggu jugak baru puas hati melawat sini.

 Turun dari Kundasang singgah sebentar di Kinabalu Park Complex

Sayur-sayuran kat sini memang segar bugar, bawak balik 2 kotak untuk mak dan mama

sarapan pagi dekat Tugu Peringatan Double Six, tinggalan sejarah

tak ingat dah tempat ni nama apa? rasanya macam menara sabah kot hehe

Suasana di dalam restoran berputar sabah verry ekslusif

posing sikit

ececece diarah mcm model 

tersadai sudaaaaa

romantik sikit tengok sunset

di waktu sore, cantiknya sunset terbenam

selamat tinggal siang, selamat datang malam

makan sambil berputar2 (terima kasih ain, belanja kami makan)

gambar kenangan kat bawah menara

my lovely friend yang putih gebu (thanks a lot, jasamu dikenang, semoga Allah membalasnya)

Makan malam sponsor by bapak at Restaurant Nyonya (kari kepala ikan dgn cendol pulut memang walllah kaw kaw)

Sebelum berangkat ke airport singgah 1 borneo dulu shopping apa yang patut hehe

hai, letih ke bang berjalan kat shopping complex yang besar ni

Memang seronok kalau dapat bercuti dan bawa keluarga melancong kat sabah. Ini pun destinasi bajet, menginap di Tune Hotel dengan tambang murah Air Asia.

Tuesday, March 13, 2012

Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa Kundasang

Assalamualaikum......

Sambil menunggu masa untuk pulang ke rumah, sempat lagi mengupdate blog nih. Nak story sikit pengalaman lalu travel ke sabah. Memang seronok ,tapi tak puas sebab pegi sekejap sangat, tak byk tempat yang sempat dilawati. Apa pun syukur alhamdulillah dapat juga sampai ke negeri di bawah bayu ni. Terima kasih buat suami yang sudi belanja honeymoon kat sini. Sebenarnya travel ni kami kunjungi pada bulan 1 tahun 2010. Masa tu tengah pregnant kat Alisha 3 bulan. Sorry ya Alisha mama ngan abah bawak Alisha dalam perut ja, kesian Alisha tak dapat tengok keindahan alam Sabah ni. Nanti ada rezeki kita pergi lain kali ye nak hehe

Pengalaman bermalam satu malam di sini, memang sejuk macam dalam air cond sebab kedudukannya di puncak bukit, jalannya macam nak gi cameron highland, sampai muntah2 jugakla sesampai di sana huhu Hotel ni betul2 mengadap Gunung Kinabalu, cantiknya view di waktu sebelum subuh, dengan suasana yang romantis. Memang dicadangkan sangat kepada pasangan yang baru berkahwin yang mencari-cari tempat untuk honeymoon, sesuai sangat2

kat pintu masuk hotel

 sekitar luar hotel

 sekitar kawasan lif

sekitar cafe

antara makanan yang boleh dinikmati

sarapan pagi

Tisu kenangan

mount kinabalu view

lagi mount kinabalu view

gambar dari pandangan bawah


Jom merentas titi


Fuhhh mengah jugak la merentas bagi org pregnant ni


Nak manja2kan diri ke spa pun boleh


Cantiknya....


Suatu hari boleh pi panjat gunung kinabalu pulak


Berlatar belakangkan gunung


buat kenangan


Maklumat lanjut boleh layari laman web www.mountkinabaluheritageresort.com.my/location

Flickr