Pages

Wednesday, July 25, 2012

Embun Dingin Stemboat & BBQ

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Ramadhan, maka ramailah yang dok plan nak sambut Ramadhan kat mana ni? Kata orang makan2 besar sebelum puasa hehe

Cari punya cari terpautlah hati kat satu tempat ni Embun Dingin Corner Steamboat & BBQ yang terletak di Sri Kenangan Jalan Padang Bohor Kangar Perlis. Memang best makan kat sini satu kepala charge RM10 makanlah sampai kenyang. Tapi kena makan sampai habis apa yg kita ambil tu, kalau makan tak habis dia charge harga lain pulak, lagi mahal pulak tu. Nasib baik kami sekeluarga makan smapai habis hehe 


Ni peta nak ke Embun Dingin Corner, boleh pakai GPS je lagi senang


Ini dia tempat yang menyajikan steamboat dan bbq, boleh makan yg rebus dan juga bakar (2 in 1)


Ini sup thai yang diberi, siap ada bara api lagi bawah dia, mendidih-didih, atas dia boleh buat bakar, sambil makan sambil berasap-asap hehe


Ini sebahagian makanan yang boleh kita pilih, ambillah serba serbi yang kita nak sebanyak mana pun


Nasi goreng, bihun, mi, koewteow pun ada 

Bahan-bahan dia lebih kurang mcm yong tau fu la jugak cuma berkuah

Boleh makan pakai chopstick lagi

Bagi sesiapa yang suka makanan berkuah dan BBQ ni bolehla berkunjung ke sini, murah sedap dan puas hati hehe

No comments:

Post a Comment

Flickr