Pages

Wednesday, October 12, 2011

Permata 9 Ramadhan 1431 H/19 Ogos 2010


Alhamdulillah, hari ini 8 Ramadhan, syukur sangat dapat lagi meneruskan puasa pada hari walaupun terasa sedikit berdebar-debar di saat menantikan kelahiran cahaya di bulan barakah ini. Mak kejutkan sahur seawal 5 pagi, sebelum tu sempat ke bilik air dulu, tiba-tiba terlihat darah. Mama pun terus keluar dan beritahu mak, mak pun mulalah nampak gelabahnya tu. Mak tanya, ada rasa sakit dak, mama kata tak rasa apa pun tapi hati dah mula berdebar-debar adakah ini tanda baby dah nak deliver hehe. Mak suruh makan sahur dulu sebelum berangkat ke hospital, tapi mama dah tak lalu nak makan, perasaan takut mula menyelubungi dan terus call abah. Abah pun agak terkejut juga, ditambah lagi takut tak sempat dia temankan mama di hospital saat kelahiran. Mama kata insyaAllah doa byk2 mesti abah sempat punya lah. Setelah selesai semua kelengkapan, mama pun berangkatlah ke hospital dengan pak caq dan mak caq, dalam kereta mak sempat lagi berceloteh katanya memang dah rasa tak sedap hati dah semalam. Sebab tu mak awal2 lagi dah sediakan bakul minuman dan isi air panas dalam termos, itulah yg dikatakan ibu kan, kuat gerak hatinya. Terima kasih banyak mak. Mama masih boleh tersenyum dan gelak2 lagi. Setibanya di hospital, mama melaporkan diri dan beritahu kaunter yg dah turun darah, nurse kat situ arahkan supaya masuk utk buat pemeriksaan. Masuk ja dalam bilik pemeriksaan, mak oiii ramainya ibu2 yang senasib dgn mama kat situ, sampai sesak jadinya tempat tu.

Tak lama lepas tu, doktor pun datang buat pemeriksaan, katanya baru buka 1 cm, lambat lagi gayanya ni. Mama tunggu lagi, sampailah pagi, dah 4 orang dokor dah dtg buat pemeriksaan, tapi masih lagi camtu juga. Tunggu punya tunggu, perut mula berkeroncong, lapar teramat sangat. Mama pun keluarlah dari bilik pemeriksaan tu, ada mak dan mami tun kat luar, mak kata mailah makan, tak yah posa lah hari ni, takut nnt tak larat pula nak teran. Mama pun makan ja lah dpn org ramai tu, harap2 depa faham lah na hehe. Kemudian mama masuk semula ke bilik pemeriksaan, tak lama lepas tu doktor panggil mama, katanya mama kena balik rumah dulu sebab wad terlalu penuh, doktor pesan lagi nnt kalau dah sakit 5 minit sekali baru datang balik. Mama pun beritahu mak kat luar, mak dah mula naik cuak, haishhh tak kan nak balik kot, kang jadi apa2 kat rumah susah pulak, maklumla tak da pengalaman, org dulu2 tak pa lah bersalin kat rumah ja. Mama pun kata , tak pa lah kita balik ja lah berehat kat rumah. Nnt dah sakit baru datang balik, kami semua pun berangkat balik lah. Balik rumah pun dah tak leh nak tido, dok piki mcm mana datangnya sakit bersalin tu, takut semua dah, langsung dah tak lalu makan apa dah. Petang tu abah pun sampai dgn mak tok, masing2 pakat dok tunggu bila nak sakit ni hehe

Tunggu punya tunggu sampai lah dah dekat nak berbuka. Abah kata nak hantar mak tok balik dululah, sempat kot. Dalam hati mama rasa mcm tak bagi abah pi mana dah. Abah kata sat ja, dia hantar dan terus balik semula, tak lama lepas tu abah pun sampai balik, mama rasa lega juga ada abah di sisi, rasa kurang sikit debaran tu. Dalam pukul 10 malam mama rasa mcm sakit2, semakin lama semakin kerap, dok tengok jam adakah sakit tu 5 minit sekali. Mak kata jomlah kita pi hospital, mama mcm dah takut nak gi semula hospital, tapi bila dah rasa sakit tu makin teruk, sampai dah tak boleh nak senyum, pergi juga lah. Mama kena tahan wad malam tu sbb bukaan lambat, mama menahan kesakitan sampai esoknya, langsung tak boleh nak tidur, udahla diberi katil yg hujung sekali, tempat tak kena kipas dan byk nyamuk. Paginya tu abah, mak dan ramai dtg melawat, mama nampak dah tak larat, muka abah pun nampak pucat, mungkin risau tgk keadaan mama yg mengerang kesakitan. Semua dok nasihat mama byk2 ingat Allah dan berdoa, selang 1 Jam sekali mama dipanggil utk pemeriksaan, sampailah bukaan 6cm dlm pukul 12 barulah mama dimasukkan ke labour room. Alhamdulillah suasana di dlmnya menenangkan di samping nurse yg baik menenangkan mama, tunggu punya tunggu sampailah bukaan 9cm, mama dah tak tahan, rasa nak teran sgt, nurse tak bagi lagi, dia kata tunggu sampai bukaan habis 10 cm. Tapi mama merayu-rayu juga, mama dah mula lali2, agaknya kesan ubat yg dimasukkan oleh nurse tadi kot. Tiba-tiba datang doktor suruh mama teran dgn serta merta, mama pun teran lah sekuat hati. Alhamdulillah, dgn 3 kali teran sahaja lahirlah puteri comel yg gebu, kuatnya suara dia. Nurse letakkan baby atas dada, comelnya mata dia bersinar-sinar, nampak matanya melihat mama, mama pun cium bertubi-tubi, amboi tak puasnya bau baby hehe

Saat itu, rasa bahagia sgt dan hilang semua kesakitan. Setelah selesai dan mama diberi minum milo suam, mama dimasukkan ke wad. Di sana dah ramai org sedara menunggu, tapi mama terlalu letih dan bdn rasa tak bermaya. Mujur ada abah kesayangan yg sentiasa menemani dan menjaga dgn baik walaupun agak terkilan sbb abah tak dpt masuk ke labour room melihat saat mama bertarung nyawa melahirkan penyambung kasih sayang kami. Maka itu, bermulalah episod baru dlm kehidupan kami dgn menjaga sebaik2nya amanah Allah yg tal ternilai ini. Khalifah kecil yg membawa permata Ramadhan yang diberi nama Nur Alisha Ramadhani (yang sentiasa dipelihara oleh Allah) Aminnn....

Monday, October 10, 2011

Kunjungan Alisha dan Mama Alisha Kali Kedua ke Langkawi

Pada penghujung September yang lalu merupakan kunjungan Alisha dan mama ke Langkawi buat kali kedua. Itupun atas permintaan abah yang teringin sangat nak bawa puteri kesayangan dan isteri kesayangannya melawat Langkawi. Seingatnya kali pertama bawa Alisha ke Langkawi ketika dia berumur 6 bulan. Kunjungan kali ini bertemankan mami dan mak ngah yang kepoh2 belaka hehe

Tengah menunggu bot yang tak kunjung tiba

Alisha yang tak suka duduk diam dalam bot

Alisha dengan mak ngah

Alisha dengan mami tun
Melawat telaga mahsuri yang sejuk airnya


Suasana di bawak rumah makam mahsuri dengan pelbagai barangan tradisional

Alisha sedang melawat kawasan

Lagi melawat kawasan

Mama yang suka2 posing kat gambar mahsuri

Alisha dah tak larat jalan lalu didukung oleh abah

Kami yang 3A (Asrul, Asyikin, Alisha)

Alisha naik kereta kontrol kat Billion

Alisha berjalan2 di pantai

Shopping sakan nampak Alisha

Banyaknya Alisha borong coklat kat Ismail Group ni, makin kayalah dia

Sambutan Hari Lahir Alisha Setahun

Dah setahun rupanya umur anak abah dan mama ni, cepat sungguh masa berlalu. Sambutan Harijadi Alisha yang disambut secara sederhana tetapi meriah. Alhamdulillah, semoga puteri Nur Alisha Ramadhani membesar dgn sihat serta menjadi anak yang solehah, amiinnnn...


Kek Harijadi Alisha yang simple tapi sedap


Lagi kek Harijadi Alisha yang disambut di rumah tok dan tok wan Pokok Sena

Sentiasa memeriahkan suasana

Tu diaaaa nampak dah gigi dia dua batang
Sengeh2 ja dia na
Gelak sampai nampak semua mulut dia

Tatih alisha tatih di usia 10 bulan

Sentiasa ceria di mana sahaja

First walk alisha 11 bulan

Baldi ni lah sumber pengajaran buat alisha bertatih, tapi bila dah pandai tatih baldi atau timba ni dah jadi barang mainan dia pula hihi

Thursday, September 22, 2011

Hadiah Buat Isteri Solehah

Assalamualaikum,
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan  mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada naknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu
kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar.Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak,tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya.Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah. Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan, segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam
hidup saya.

-Mudah2an kita semua akan menjadi seperti di dalam cerita ini-
Written by : Asyikin

Flickr