Pages

Wednesday, October 27, 2010

Cambodia - Part 3

Dalam Part 3 ni aku nak kongsi pengalaman ke perkampungan orang Kemboja yang berada tidak jauh dari tempat kami melakukan aktiviti seperti yang diceritakan dalam Part 1 tu.. Perjalanan ke sana menaiki bot macam kat atas ni mengambil masa hampir 1 jam jugak la menyusuri Sungai Tonle Sap ni...Besar betul sungai dia...huhu...yang nampak ada kotak2 atas bot tu adalah barang2 yang akan disampaikan kepada penduduk di sana...Kehidupan di sana lebih susah dan daif kerana belum lagi mendapat sambungan elektrik dan air...

Memulakan perjalanan dari jeti...dari jauh masih nampak lagi masjid yang tersergam indah berhampiran tempat penginapan kami...Jeti pun tak macam la jeti sangat..hehe


Sedang memunggah barang ke dalam bot

sempat bergambar ketika dalam perjalanan...

Masjid yang menjadi tempat kami menyampaikan bantuan...ye la..nak cari balai raya ka, dewan ka mana ada..Malaysia banyak la...tapi rasanya di masjid lebih baik..

Bersama dengan Setiasausa Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, H.E Dr Sos Mousine untuk menyampaikan sumbangan dari Malaysia kepada penduduk di Kemboja..

Haa...yang sebelah kanan Dr tu penterjemah kami...manalah nak faham bahasa Khmer ni... baru ja 2,3 hari jejak kaki kat sini, lain la kalau dah 2,3 tahun...

semoga dapat digunakan dengan sebaiknya...

sedikit sumbangan meringankan beban mereka disini...

ni kambing untuk aqiqah...hehe..wat kenduri sikit...sponsor by Ezy Qurban Sdn Bhd...yang banyak membantu dalam menjayakan program dan misi di sini...

kenduri...kenduri...

 jom makan ramai-ramai.....

Malaysia boleh...

gambar sekitar kampung yang dilawati...

 kedai runcit...minyak masak dijual dalam plastik macam ni saja..mungkin mahal kot... lagi pun makanan kat sini tak banyak menggunakan minyak...lebih banyak dibakar, dikukus atau direbus...nak kata macam masakan Melayu tak jugak...kira macam citarasa dia la kot...

perut lembu yang disumbat...untuk dijual...

salah sebuah surau di kampung ini yang sempat diziarahi...

Walaupun keadaan di sini agak susah, tetapi ada jugak orang kaya macam kat rumah ni la...rumahnya cantik tersergam indah..katanya tauke kambing kat sini...hmmm...cantikkk..tapi tak ada elektrik dan air...hanya menggunakan kuasa bateri...

2 comments:

  1. Asyikin siad

    Bestnya..nak p jugak kemboja
    bila abg nak bwk ikin ngn alisha pi sana ni huhu

    ReplyDelete

Flickr