Pages

Tuesday, March 13, 2012

Tanjung Bungah Beach Hotel, Penang

Assalamualaikum.....

Tengah boring2 ni bagus jugak update blog kan, cuti sekolah menjelma sudaaa, maka berlegar2 lah di kepala nak pi jalan ke mana ni. Ya lah, asyik bekerja ja, sekali sekala nak jugak merelakskan badan sambil membawa family bercuti dan bermain-main. Jari jemari (macam nak tulis novel pulak) mula menekan intenet mencari destinasi yang sesuai, dekat dan murah, maklumlah destinasi bajet yg dicari hehe

Tekan punya tekan, jumpalah satu tempat yg agak best, Tanjung Bungah Beach Hotel namanya, hotel yg agak murah, mengadap laut dan jugak boleh mandi manda kat swimming pool dan pantai. Yang penting bersih dan cantik.

Wahhh seronoknya Alisha, menari-nari lagi, macam tau2 ja nak pi jalan nih

Jomlah abah, Alisha dah siap ni

lalalalalala nak pi jalan2 

Ha..tudia, mula dah aktiviti yg pertama swim swim (abah, Alisha nak pakai pelampong dulu)

Inilah suasana swimming pool dekat Tanjung Bungah Beach Hotel ni. Ramai jugak kanak-kanak yg mandi manda kat sini, maklumlah cuti sekolah kan. (Alisha nak belajar berenang ya)

Jom kita pi pantai pulak, yg bestnya hotel ni mengadap laut, dapat melihat keindahan Allah Yang Maha Kaya (Subhanallah)

Sesuai dengan pepatah Melayu, seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Inilah kasih ayah kepada anak hihi

Camnilah budak kampung, serasi dengan tanah. Dari atas sampai ke bawah penuh satu badan dengan pasir hehe

Jom mandi pantai, boleh cantikkan kulit Alisha ni hehe

Hai mama kat sebelah tengok je ke? tak mau join abah ngan alisha sekali, takut basah la tu hehe

Sampai pukul 7 petang jugak lah melayan si Alisha ni main di pantai, diajak balik bilik tak mau pulak dia. Walaupun badan dah letih dan mengantuk, masih aktif lagi si kecil ni. Last2 pukul 8 dah merengek mintak susu nak tido hehe sleep dulu, esok kita main lagi ya si puteri

Kat sini jugak ada menyediakan tempat mainan untuk kanak2 iaitu Kiddies Club namanya, macam2 mainan ada kat sini, Seronok betul tengok budak2 main, rasa mcm nak kembali ke zaman dorang ni hehe

Ehhh...Alisha buat apa tu? buat kerja sekolah ya?

Wahhh banyaknya bear2, semua Alisha kata dia punya (ni Alisha munya ni:bahasa Alisha) hehe

Alisha jumpa kawan baru kat sini, Ammar namanya from KL. Jumpa lagi ya Ammar

Buai laju2 sampai pokok sena, apa dalam baju sekuntum bunga cina (aishhhh ternyanyi lah pulak) hehe

Buai laju2 sampai cucur atap, belum tumbuh gigi pandai baca kitab

Ok kawan2 dah selesai percutian dua hari satu malam kami sekeluarga di sini

Sehingga berjumpa lagi di percutian yang akan datang

Nak tau lebih lanjut mengenai resort ni, boleh melayari laman web www.tanjungbungahbeachhotel.com/

2 comments:

  1. mana dia gambaq roti nan cheese abg kat Kapitan tu..

    ReplyDelete
  2. asyikin said:

    alah, lupa nak upload la pulak, nnt ayang masukkan ye hehe

    ReplyDelete

Flickr